Pages

Thursday 30 May 2013

Sambal Telur Hangit

assalamualaikum semua!
hola hola hola~

apa ni? kata busy tahap tak ingat tapi mengapa masih lagi berfoya-foya  di depan lappy ni dah boleh lagi dengar lagu hindustan?
untuk pengetahuan semua adel berjaya lagi sekali buat muka kesian tapi tak kesian pun dekat babah tadi pagi, maka dengan itu saya dengan gembiranya mengisytiharkan saya menambah lagi satu hari lagi cuti dari balik ke tempat belajar.
waaaa. hebat kan? hebat kan? baik cakap cepat!
eh tapi kaaannnnn, adel balik ada sebab okay, bukannya saja gatai gatai nak balik tak mau belajaq!

adel kena FOOD POISONING! waaa, kesian kan? nak jadi cerita time tu kat tempat adel menimba ilmu ada kenduri and depa semua buat gotong royong. GUESS WHAT? adel balik rumah, dengan muntah muntah, demam seram sejuk ( kejap panas gila kejap sejuk gila ), cirit birit lepas tu makan ubat yang maha besar lagi gedabak terus pengsan.

the next day, bila dah sihat my mom pulak yang tak sihat. first day tu gagah lagi la sebab babah pegi beli makanan but then, the next day babah busy and tak boleh balik rumah, jadi adel yang kakak paling besar kat rumah ni kena masak.

APA? adel masak? adel kena masak? SAYA  MASAK!

apa yang mudah yaa? sebab mama tau adel memang penyegan masuk dapur dia cakap, "tak pa kak, masak yang senang ja. masak sambal telur boleh?"

PHEW..lega gila sebab bila lepas mama cakap resipi tu adel pun cakap tak pa senang ja ni. tapi tengok tengok sambal tu tak jadi. HANGIT! bayangkan, selama ni kalau ada sambal kat rumah cepat je habis, tapiiii..sebab adel yang masak maka, sambal tu tak habis sampai ke malam. SEDIHNYA! semua orang gelak tengok sambal adel yang hitam memikat.

lepas tu mama cakap dekat adel macam mana la nak pergi study duduk kat tempat orang kalau masak benda senang pun tak lepas? addoooooiiiiiiii.

oleh itu, uolls, sila belajar masak dengan cepat sebelum jadi macam adel :(

sekian, salam.

Tuesday 28 May 2013

MUET cara aku

Assalamualaikum semua.
sorry memang tak boleh nak explain panjang panjang tulis panjang apatah lagi.:(
MUET?
tak tak susah pon, ye memang tak susah untuk orang yang memang 110% asal london gitu. haha. dia depend lah semua tu! serious. my teacher kat kolej yang cakap macam tu yaa not me. saya orang tengah kiri kanan je yang tolong menyampaikan.

JANGAN JANGAN JANGAN ingat kita tak terer english tak cekang speaking kita tak boleh dapat elok untuk MUET. yang penting usaha! yep, usahalah, usaha kan tangga kejayaan?

my tips:
beli buku oxford yg muet tu. selalu practice buat exercise pakai buku tu. dia siap provide cd sekali untuk listening. kira okay la, tapi sebab yang tukang cakap ni maha penyegan maka bukuku sangatlah bersih seperti baru beli di kedai. hampeh dik non!

speaking. selalu bantai speaking dengan member member, kisah apa kan tunggang terbalik ke grammar ke mana ke? yang penting kita ada usaha, sekurang-kurangnya kita boleh naikkan confident level kita kan? tu lagi bagus dari bila pergi buat speaking test dok gagap gagap aaa sana aaa sini, lagi sedih kan? time speaking tu confident kita yang penting! chaiyok!

last sekali, selalu tengok movie bi yang subs dia bi jugak, tapi kaaannn kalau tak ada subs lagi bagus. kita boleh belajar perkataan baru kat situ. yes, adel tau cara adel sangat la tak bagus sebab pi layan movie kan? tapi dari baca buku yang buat adel boring lagi la tak payah. maka dengan itu sapa nak buat buat. tak nak sudah. simple ja.

tu ja yang boleh share time masa yang singkat ni. sorry! adel sangat busy. adel dalam proses nak memperbaiki diri. doakan adel ya semua! muahx! love uolls.

p/s:sorry kalau typo, mmg kalut gila sekarang ni

Monday 6 May 2013

plain

Assalamualaikum.
first and last minta maaf sesangat sebab blog ni masih lagi plain dan huduh gila! ni tak lain dan tak bukan kerana tuan punya blog sangatlah buta IT maka, blogku pun huduh macam ni. nanti nanti ahh bila rajin baru kita nak explore benda yang ada. setakat itu sahaja. sekian~ joget joget

Salam :)

Kolej Matikulasi Kedah ( persediaan cara aku )

Assalamualaikum semua!
okay, bila kita check je dekat tenet tu tengok tengok dapat pergi matrik, dapat pulak satu geng kat sekolah dapat tempat yang sama. apa lagi? melompat sakan la macam dengan kera dapat bunga. menjerit sakan la kalah pontianak harum sundal malam. kenapa ye adel cakap macam ni? ini kerana diriku melakukan perkara yang sejibik apa yang kutulis di atas sana. ye, di sini kredit fon jugak banyak habis, sibuk dik non oiiii, text sana sini tanya kawan dapat mana.

ini dia persediaan cara adel, kalau ada kurang, ku disini menghulurkan sepeluh jari mohan ampun dan maaf *pasang lagu raya sekali baru feeling gitu

1) CHECK DEKAT INTERNET

mula mula korang check dekat tenet laman web dia, korang tengok then kalau korang nak terima sila klik terima. ahh, diri ini pun terlupa apa yang dibuat pada tahun lepas, tapi lebih kurang macam tu la. jangan lupa sekali PRINT segala mak nenek yang dia suruh print. JANGAN LUPA JUGAK BAWAK TIME HARI PENDAFTARAN. borang mana yang perlu sign kakitangan kerajaan, korang cepat cepatlah pergi ambil. cara mudah? pergi sekolah. hehe.jangan lupa sekali call member korang tanya dapat mana. tapi kebanyakan kawan korang yang dekat sekolah akan dapat tempat yang sama. macam sekolah adel dulu, kebanyakan dapat matrik kedah, xpun penang. cuma kawan yang dok kat sabah je dapat matrik labuan.

2) AKAUN BANK DAN DUIT PENDAFTARAN

AKAUN BANK RAKYAT
ini paling penting ya, terutama sekali untuk orang yang gila wang macamku. kerana apa ya? untuk pengetahuan korang, kita yang masuk kolej matrikulasi kedah ni GUNA BANK RAKYAT. untuk satu semester kita akan jadi kaya dengan duit elaun yang kita dapat sebanyak RM 1250. banyak tu! kerana apa kalau korang seorang yang berjimat cermat, korang boleh la bajet RM50 sebulan seperti diriku untuk foya-foya. untuk semester satu setiap bulan kakiku pasti melangkah dekat kedai novel dekat c-mart tu. saya seorang novelholic! lain orang lain cara. ada je yang guna duit tu untuk benda lain. nasihatku. gunalah duit sebaik mungkin. JANGAN BOROS! DAN JANGAN SEPERTIKU KERJA MEMBELI NOVEL! PERGI BACA REFERENCE BOOK JAUH JAUH. HAHA. XD

DUIT PENDAFTARAN
korang yang dah memang memang gosok gosok tangan nak pergi belajar kat matrik jangan lupa bayar duit pendaftaran. cara dia? mudah saja. pergi BSN dan bayar. jangan lupa sekali fotostat banyak banyak slip yang dah bayar tu. banyak kegunaan dia. nak tau? sila tunggu. yuran yang korang bayar tu untuk pelajar yang program satu tahun macam adel akan disalurkan untuk:

#lab manual ( alah procedure untuk experiment )
#lab coat ( pakai time lab kalau time bio ada la feeling doktot doktot sikit )
# yuran MUET

tu yang adel tahu lah...

3) PACKING!
ni proses yang paling penting ya anak anak, di saat kaki akan melangkah jauh dari rumah setelah bina lemak berketul ketul TETAPI tidak bagiku kerana adel salah seorang rakyat malaysia yang entah bertuah atau malang mendapat surat cinta PLKN panggilan pertama. makanya di sini, diri ini tak membina lemak di rumah tetapi PLKN. :(

BAJU

#baju kurung/kemeja
#tudung hitam (penting untuk orientasi. kita yang cantik time ni menjadi mangsa fashion ye)
#seluar track ( bawa banyak sikit tambah utk orientasi)
#t-shirt (x kisah nak bawa kaler apa pun asal bahagia)
#sweater ( utk penyegan yang macam adel turun kafe malam )
# baju tidur
#telekung ( 2 pasang kan senang kalau nak basuh )
#sejadah (untuk sembahyang kat bilik. kalau nak pegi masjid pun boleh )
#bedsheet (sama seperti kes telekung)
#towel (sama seperti diatas!)
#tie (yang laki ni haa dah smart pakai kemeja xkan xdak tie )
#sliper ( satu nak pegi toilet satu lagi dalam bilik, sejuk ahh lantai simen )
#sport shoes
#kasut kelas ( kulit tapi poyo je semua tu, korang belakon time orinetasi ja, lepas tu automatik kolej sendiri macam yang adel buat )

last sekali jangan lupa bawak tikar mengkuang, karpet atau yang seangkatan dengannya. kalau taknak semak keta pun takpa sebab nanti ada je jual kat dataran kolej. kat situ nanti macam ekspo la. ada hanger, sepit baju, laundry basket, penyapu pneyodok even buku terpakai pun ada jual dekat situ. kalau nak kenal pekan changlun lepas mendaftar sila pergi c-mart, A-wang, dan lain lain

BARANG MANDI
SABUN BASUH BAJU/ SOFTERNER
BALDI / TIMBA
BANTAL BUSUK ( adel bawak bear, suka hati la orang ckap budak kecik ke apa )
EXTRA PILLOW ( bukan sebab mengada tapi bantal kat bilik keras gila! tak boleh lena )
LAPTOP (xpakai sangat pun, serius, utk tgk MOVIE ja)
ALAT TULIS
KALKULATOR (ada yg lupa bawak kalkulator, cmna nak buat math? )

3) MASA MENDAFTAR!
dukacita saya maklumkan, untuk mereka yang sayangkan lemak dibadan, malas nak naik tangga sila lah datang awal. first come first serve. sapa yang datang awal nanti dapat lah first floor. yang lambat tu dapat la third floor. seksa tahu nak angkat barang. TAPI
 kalau dah takdir tu korang datang awal macam mana pun tapi kalau kena pindah bilik jugak still kena pindah. contah yang terdekat adalah orang yang cerita kat korang ni lah. pagi mendaftar tu adel bertolak la awal dari rumah, siap suruh babah drive laju lagi. cis tak bagus punya anak! tepat 8.15 pagi telah ku sampai di kolej. tapi ramai gilosss yang tengah beratur, ku dalam hati cakap, alamak, ntah dapat ke tak first floor ni. ku sangat sayang segala lemak di badan ye. ku sangatlah sihat! lepas daftar tu. Alhamdulillah, first floor beb! dah la dekat dengan tangga tak payah rushing time orientasi, dekat dengan kafe pulak tu, perut waaa memang kenyang la. rupanya yang ku telah ditakdirkan untuk naik tangga jugak sampai ke third floor. sebab? pelajar PDT masuk. so pihak pengurusan letak je kat mana mana bilik. nasib la untuk bilik yang dah penuh, ada la yang kena pindah seperti kesku. huhu. jadi masa mendaftar disini awal atau lambat cuma penentu keduddukan bilik.

setakat itu sahajalah cerita adel. jangan risau adel akan sambung nanti untuk minggu orientasi.

p/s: kalau nak bawak iron atau heater bawak je. iron dorang bukan cukup pun kalau ada pun tunggu meletup  je. jadi solusi disini korang kena cepat2 daftar barang elektrik korang kalau tak nak kena rampas okay?

Salam. :)

Kolej Matrikulasi Kedah ( surat cinta )

Assalamualaikum semua!
cey cey, sekarang ni mesti semua pelajar lepasan spm 2012, tengah bergembira mungkin? yep, sure 101% motif adel cakap macam tu? haaa. ingat tak tahu la tu. mesti la pakat dapat tawaran sana sini nak further study. ye kan ye kan? rahsia dah pecah dan kantoi!
adel dulu camtu jugak, check check je dekat tenet, waaa gembira bukan main. ye la nak study. pergi tempat orang. tapi tempat orang la sangat bila still hirup udara di negeri yang sama. cerita sedih dekat sini adel tak keluar pun dari negeri kesayanganzku, kedah darul aman. tapi okay jugak la bila dah pergi, sebab kalau jauh memang sah dah nangis golek golek dah. adel kan anak manja mama dengan babah? tengok la pergi sekolah asrama pun dekat sebelah rumah je pon. bak kata my cikgu, " hang ni, awatla mai sini, kentut pun mak ayah hang boleh dengar."
adel? hanya mampu tersenyum dengar. jadi buat junior-juniorku yang nak pergi menimba ilmu, seniormu ni nak ucapkan selamat belajar okay? kalau korang dah buat decision nak further kat matrik, korang pergi je. pedulikan dengan kata-kata orang yang cakap matrik ni susah matrik ni susah. in fact, semua benda kat dunia ni susah tak ada yang senang. aiseh ku bajet diriku pro la pulak. tapikan serious la, korang akan rasa benda tu senang bila korang dah biasa practice benda tu. kan practice makes perfect? motif cakap macam ni? sebab adel budak matrik, mestila kena sokong matrik. kalau orang lain sibuk nak masuk U tapi adel tolak, cewah konon tak nak bagi diri sendiri kena culture shock. aiseh kerrllaaasss kau cakap dik non. sebab? pergi matrik ni adel rasa sama je hidup dia waktu adel kat SBP dulu. sama ja. cuma beza kita boleh pakai baju kurung gaya-gaya sikit laaa. hehe

NASIHAT ADEL:
oh mak jemah, aku berlagak gilos siap nak bagi nasihat dekat orang!

JANGAN AMBIL MUDAH APA YANG KITA BELAJAR:

ye, untuk pengetahuan korang, kat matrik kita akan belajar benda yang sama je macam form4 and form5 dulu. ko cakap sini, bio? fizik? kimia? math? semua sama je macam dekat sekolah dulu, cuma lebih mendalam je. TAPI sebab korang dah ada basic, in shaa Allah, korang boleh buat punya. tapi jangan ambil mudah sangat macam " eh, benda ni aku dah belajar. takpa rileks je." jangan nanti korang jugak yang akan merana terutama untuk pelajar yang ambil program satu tahun atau nama glamor dia PST. korang kena ingat, dalam masa 6 bulan tu korang kena cover berbelas belas chapter untuk satu subjek je. bayangkan ENAM BULAN! lain la mereka mereka yang ambil program dua tahun atau nama glamor dia PDT. yang ni serious rileks ja. memang tak tipu lah. bayangkan satu semester tu mereka mereka ni just belajar 5 chapter untuk subjek.

itu je kot nasihat adel, ni semua based on experience okay? sebab adel ambil mudah sangat la benda yang adel belajar, pointer sem1 ku jatuh dengan teruk teruk teruknya okay. tak pernah dalam sejarah hidupku dapat result seterok tu. arrrgggggghhhhhh sesalan ku dah tak berguna dah sebab segalanya telah terjadi. lepas tu macam nak muntah darah jugak la nak belajar untuk semester 2 sebab nak bagi pointer naik balik. ye la nanti nak pergi U susah pulak. dah la nak kena compete dengan budak asasi lagi, STPM lagi. adooiiiiiiiii!
itu saja. tak tahu nak cerita apa dah. hehe

Salam. :)

secebis pengalaman hidup ( Kolej Matrikulasi Kedah )

Assalamualaikum semua!
Maaf kerana menghilang begitu lama.
banyak benda yang nak diceritakan, dikongsikan SERIOUS! 
tapi macam biasalah terutama sekali untuk adel, masa sangat mencemburuiku.
bukan bukan. adel tak buat perkara yang berfaedah pun. hehe. terek sungguh budak ni.

untuk pengetahuan semua, adel baru je habis program matrikulasi. yeay!
adel punya program cuma setahun ja. tak macam kawan adel dia dapat 2 tahun means that time adel berjimba dekat rumah, dia still ada dekat matrik sampai la adel masuk U nanti. In shaa Allah.

dah habis matrik ni dok pulak kat rumah, rasa macam kosong ja. alamak! tengah syahdu sorang sorang la tuh. cis! itu pasti, kalau nak tau kat matrik, ni adel jumpa ramai sangat orang yang bermacam perangai. huduh, masam, kelat, payau, manis semua ada lah. pengalaman di sana? banyak. memang banyak. sampai tak terkira. cuma nak highlight kat sini, senang ja. MAIN POINT dia 

1. JAGA SOLAT. 
2. PILIH KAWAN YANG BAIK.

tu ja yang adel rasa penting walau kat mana pun kita tercampak dekat dunia ni. sebab dua tu yang mencerminkan peribadi kita. akhlak kita. dan yang PENTING menjadi faktor titik tolak tambah untuk kita menjadi seorang yang lebih baik atau sebaliknya. In shaa Allah. jom sama-sama merubah diri kita.

Salam. :)

Tuesday 12 March 2013

The last MUET.

Assalamualaikum. And heeyy whatassaappp.. :)

Bra bri bru bra bre bre bra bro bre.
Okay, dah boleh berhenti merapu kot. First of all, eh pehal dengan tittle kat atas tu? Hahaha

Ohh. Sungguh la adel dah gelong sebab gelak sorang2 untuk lawak yang tak berapa lawak?

Apa ni? Apaaaa? Ya, harap maklum semua bila petang kita update blog bila dah habis buat lab fizik wajarlah otak tak berapa centre. Huhu. Hidupku makin sadis! Tapi tak pa, sebab yang BEST nya tadi adalah lab fizik terakhir adel di kolej ni. Start next week dah masuk workshop sebab dah nak dekat final.

Ooohh. Adel takut tahap tak hengat ni. :(

Okay. Back to the main tittle.

Macam ni untuk semua candidate yang amek MUET Mac ritu mesti gembira kan? Sebab dah terlepas azab elok je pukul 12.30, sebab time tu listening test pun dah habis.

Ya. Adel gembira. Gembira sangat sebab habis jugak satu beban di bahu i neh. Sekarang ni adel cuma berharap adel dapat band 4 untuk MUET kali ni. Seriously cakap penat gila lah ambil exam balik bila suma kawan yang sibuk study untuk final.

Streess gila and jelez kot. Adel ni ke sana sini bawak buku MUET yang lain sedap je study.

OLEH ITU, adel dah tekad dan nekad this will be my last time ambik balik exam ni. Lantaklah, kalau maintain band 3 jugak tak naik naik pun tak pa. Dah tak kisah, sebab banyak lagi benda yang adel nak kena fikir. Kan? Maknanya tadak rezeki la tu kan? Tak payah pikir panjang berjela sangat. Walaupun adel sedih sikit sebab tak banyak baca sangat sampai merapu ikan kerapu dekat paper writing, and ada technical problem dekat part listening bila examiner main cd tu.

Apa apa pon. Alhamdulillah. Benda yang semakkan kepala adel dah berlalu. Sekarang kena pikir final ja sebab i have an agreement with mama and babah.

Actually kan guys, adel nak share sedikit tips untuk sapa sapa yang amek exam muet ni TAPI memandangkan exam MUET seterusnya bulan julai jadi nanti nantilah adel share tips boleh? Tapi in shaa Allah la before julai of course. Sekarang ni yang lagi penting mestila my final exam kan?

Tanak merapu banyak dah. Adel kena siapkan tuto fizik sekarang ni. Lagipon esok ada kuiz bio lagi. Penat la nak ingat segala proses ni. Aduii. :(

Till then. Salam. :)