Assalamualaikum semua!
okay, bila kita check je dekat tenet tu tengok tengok dapat pergi matrik, dapat pulak satu geng kat sekolah dapat tempat yang sama. apa lagi? melompat sakan la macam dengan kera dapat bunga. menjerit sakan la kalah pontianak harum sundal malam. kenapa ye adel cakap macam ni? ini kerana diriku melakukan perkara yang sejibik apa yang kutulis di atas sana. ye, di sini kredit fon jugak banyak habis, sibuk dik non oiiii, text sana sini tanya kawan dapat mana.
ini dia persediaan cara adel, kalau ada kurang, ku disini menghulurkan sepeluh jari mohan ampun dan maaf *pasang lagu raya sekali baru feeling gitu
1) CHECK DEKAT INTERNET
mula mula korang check dekat tenet laman web dia, korang tengok then kalau korang nak terima sila klik terima. ahh, diri ini pun terlupa apa yang dibuat pada tahun lepas, tapi lebih kurang macam tu la. jangan lupa sekali PRINT segala mak nenek yang dia suruh print. JANGAN LUPA JUGAK BAWAK TIME HARI PENDAFTARAN. borang mana yang perlu sign kakitangan kerajaan, korang cepat cepatlah pergi ambil. cara mudah? pergi sekolah. hehe.jangan lupa sekali call member korang tanya dapat mana. tapi kebanyakan kawan korang yang dekat sekolah akan dapat tempat yang sama. macam sekolah adel dulu, kebanyakan dapat matrik kedah, xpun penang. cuma kawan yang dok kat sabah je dapat matrik labuan.
2) AKAUN BANK DAN DUIT PENDAFTARAN
AKAUN BANK RAKYAT
ini paling penting ya, terutama sekali untuk orang yang gila wang macamku. kerana apa ya? untuk pengetahuan korang, kita yang masuk kolej matrikulasi kedah ni GUNA BANK RAKYAT. untuk satu semester kita akan jadi kaya dengan duit elaun yang kita dapat sebanyak RM 1250. banyak tu! kerana apa kalau korang seorang yang berjimat cermat, korang boleh la bajet RM50 sebulan seperti diriku untuk foya-foya. untuk semester satu setiap bulan kakiku pasti melangkah dekat kedai novel dekat c-mart tu. saya seorang novelholic! lain orang lain cara. ada je yang guna duit tu untuk benda lain. nasihatku. gunalah duit sebaik mungkin. JANGAN BOROS! DAN JANGAN SEPERTIKU KERJA MEMBELI NOVEL! PERGI BACA REFERENCE BOOK JAUH JAUH. HAHA. XD
DUIT PENDAFTARAN
korang yang dah memang memang gosok gosok tangan nak pergi belajar kat matrik jangan lupa bayar duit pendaftaran. cara dia? mudah saja. pergi BSN dan bayar. jangan lupa sekali fotostat banyak banyak slip yang dah bayar tu. banyak kegunaan dia. nak tau? sila tunggu. yuran yang korang bayar tu untuk pelajar yang program satu tahun macam adel akan disalurkan untuk:
#lab manual ( alah procedure untuk experiment )
#lab coat ( pakai time lab kalau time bio ada la feeling doktot doktot sikit )
# yuran MUET
tu yang adel tahu lah...
3) PACKING!
ni proses yang paling penting ya anak anak, di saat kaki akan melangkah jauh dari rumah setelah bina lemak berketul ketul TETAPI tidak bagiku kerana adel salah seorang rakyat malaysia yang entah bertuah atau malang mendapat surat cinta PLKN panggilan pertama. makanya di sini, diri ini tak membina lemak di rumah tetapi PLKN. :(
BAJU
#baju kurung/kemeja
#tudung hitam (penting untuk orientasi. kita yang cantik time ni menjadi mangsa fashion ye)
#seluar track ( bawa banyak sikit tambah utk orientasi)
#t-shirt (x kisah nak bawa kaler apa pun asal bahagia)
#sweater ( utk penyegan yang macam adel turun kafe malam )
# baju tidur
#telekung ( 2 pasang kan senang kalau nak basuh )
#sejadah (untuk sembahyang kat bilik. kalau nak pegi masjid pun boleh )
#bedsheet (sama seperti kes telekung)
#towel (sama seperti diatas!)
#tie (yang laki ni haa dah smart pakai kemeja xkan xdak tie )
#sliper ( satu nak pegi toilet satu lagi dalam bilik, sejuk ahh lantai simen )
#sport shoes
#kasut kelas ( kulit tapi poyo je semua tu, korang belakon time orinetasi ja, lepas tu automatik kolej sendiri macam yang adel buat )
last sekali jangan lupa bawak tikar mengkuang, karpet atau yang seangkatan dengannya. kalau taknak semak keta pun takpa sebab nanti ada je jual kat dataran kolej. kat situ nanti macam ekspo la. ada hanger, sepit baju, laundry basket, penyapu pneyodok even buku terpakai pun ada jual dekat situ. kalau nak kenal pekan changlun lepas mendaftar sila pergi c-mart, A-wang, dan lain lain
BARANG MANDI
SABUN BASUH BAJU/ SOFTERNER
BALDI / TIMBA
BANTAL BUSUK ( adel bawak bear, suka hati la orang ckap budak kecik ke apa )
EXTRA PILLOW ( bukan sebab mengada tapi bantal kat bilik keras gila! tak boleh lena )
LAPTOP (xpakai sangat pun, serius, utk tgk MOVIE ja)
ALAT TULIS
KALKULATOR (ada yg lupa bawak kalkulator, cmna nak buat math? )
3) MASA MENDAFTAR!
dukacita saya maklumkan, untuk mereka yang sayangkan lemak dibadan, malas nak naik tangga sila lah datang awal. first come first serve. sapa yang datang awal nanti dapat lah first floor. yang lambat tu dapat la third floor. seksa tahu nak angkat barang. TAPI
kalau dah takdir tu korang datang awal macam mana pun tapi kalau kena pindah bilik jugak still kena pindah. contah yang terdekat adalah orang yang cerita kat korang ni lah. pagi mendaftar tu adel bertolak la awal dari rumah, siap suruh babah drive laju lagi. cis tak bagus punya anak! tepat 8.15 pagi telah ku sampai di kolej. tapi ramai gilosss yang tengah beratur, ku dalam hati cakap, alamak, ntah dapat ke tak first floor ni. ku sangat sayang segala lemak di badan ye. ku sangatlah sihat! lepas daftar tu. Alhamdulillah, first floor beb! dah la dekat dengan tangga tak payah rushing time orientasi, dekat dengan kafe pulak tu, perut waaa memang kenyang la. rupanya yang ku telah ditakdirkan untuk naik tangga jugak sampai ke third floor. sebab? pelajar PDT masuk. so pihak pengurusan letak je kat mana mana bilik. nasib la untuk bilik yang dah penuh, ada la yang kena pindah seperti kesku. huhu. jadi masa mendaftar disini awal atau lambat cuma penentu keduddukan bilik.
setakat itu sahajalah cerita adel. jangan risau adel akan sambung nanti untuk minggu orientasi.
p/s: kalau nak bawak iron atau heater bawak je. iron dorang bukan cukup pun kalau ada pun tunggu meletup je. jadi solusi disini korang kena cepat2 daftar barang elektrik korang kalau tak nak kena rampas okay?
Salam. :)
wahwah//..nk tnyer skit..akkk..tingkat ade berape??smpai 3 je kn..sye ni jenis pnakut skitt...lampu wajib light off ke ??
ReplyDelete