hola hola hola~
apa ni? kata busy tahap tak ingat tapi mengapa masih lagi
untuk pengetahuan semua adel berjaya lagi sekali buat muka kesian tapi tak kesian pun dekat babah tadi pagi, maka dengan itu saya dengan gembiranya mengisytiharkan saya menambah lagi satu hari lagi cuti dari balik ke tempat belajar.
waaaa. hebat kan? hebat kan? baik cakap cepat!
eh tapi kaaannnnn, adel balik ada sebab okay, bukannya saja gatai gatai nak balik tak mau belajaq!
adel kena FOOD POISONING! waaa, kesian kan? nak jadi cerita time tu kat tempat adel menimba ilmu ada kenduri and depa semua buat gotong royong. GUESS WHAT? adel balik rumah, dengan muntah muntah, demam seram sejuk ( kejap panas gila kejap sejuk gila ), cirit birit lepas tu makan ubat yang maha besar lagi gedabak terus pengsan.
the next day, bila dah sihat my mom pulak yang tak sihat. first day tu gagah lagi la sebab babah pegi beli makanan but then, the next day babah busy and tak boleh balik rumah, jadi adel yang kakak paling besar kat rumah ni kena masak.
APA? adel masak? adel kena masak?
PHEW..lega gila sebab bila lepas mama cakap resipi tu adel pun cakap tak pa senang ja ni. tapi tengok tengok sambal tu tak jadi. HANGIT! bayangkan, selama ni kalau ada sambal kat rumah cepat je habis, tapiiii..sebab adel yang masak maka, sambal tu tak habis sampai ke malam. SEDIHNYA! semua orang gelak tengok sambal adel yang hitam memikat.
lepas tu mama cakap dekat adel macam mana la nak pergi study duduk kat tempat orang kalau masak benda senang pun tak lepas? addoooooiiiiiiii.
oleh itu, uolls, sila belajar masak dengan cepat sebelum jadi macam adel :(
sekian, salam.
No comments:
Post a Comment